Walaupun Kedutaan China enggan menerima memorandum bantahan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah penindasan etnik Uyghur akan meneruskan solidariti dengan mengadakan Forum Kemanusiaan Peduli Uyghur. <br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, ia bakal membawakan naratif penglibatan ahli parlimen dari pelbagai parti politik bagi memperjuangkan isu kemanusiaan berkenaan.
